Rabu, 30 Mei 2012

Aku di SKOR, Berita Harian 30 Mei

Assalamualaikum  dan salam sejahtera!


Hari ni (30 Mei), aku keluar akhbar lagi! Aku memenuhi ruangan Remaja SKOR di akhbar sisipan SKOR, Berita Harian.

Ni kali kedua aku memenuhi ruangan personaliti selepas muncul kat sisipan Minda, Berita Harian jugak masa Tingkatan Tiga.

Lain-lain penampilan aku dalam akhbar sebagai memenuhi ruangan berita je. Korang boleh semak kat sini.

Terima kasih kepada wartawan Skor, akak Nas Norziela Nasbah yang telah sudi memilih aku sebagai Remaja SKOR untuk bilangan yang ke 521. Hihihi.. Oh, dan terima kasih jugak atas ucapan-ucapan tahniah kawan-kawan di Facebook! ^^

Ahad, 13 Mei 2012

[LAGU] Hasif Hamsyari - Lagu untuk Ibu

 

Aku dapat ilham semalam. Lepas tu aku terus jamming kat studio sebab aku memang sengaja pilih instrumen yang mudah - gitar je. Kenapa? Aku nak lagu ni nampak santai dan relaks.

Kalau korang kenal aku, aku ni selalu bagi hadiah pelik-pelik kat mak aku. Pernah dulu, aku tulis ucapan panjang lebar lepas tu buat slideshow, diam-diam aku save dalam pendrive mak aku. Sweet kan? HAHA

Kali ni, aku persembahkan lagu yang aku buat khas untuk Puan Aini binti Musa dan semua ibu di dunia.

Harap korang enjoy dan jangan lupa klik LIKE dan SHARE!

Terima kasih!

Sabtu, 12 Mei 2012

Novel Ke-3 Aku, KOPI MANIS di pasaran sekarang!

Salam!

Mood: SUPER EXCITED!

Novel ketiga aku dah mula masuk pasaran sejak Isnin lalu! Jadi, aku mahu war-warkan bahawa novel ni sudah boleh dibeli di kedai-kedai buku berhampiran dengan korang!

Korang boleh beli online / semak sinopsis novel ni KAT SINI. Novel ni pun dijual dalam format e-book dengan harga cuma RM6.90 je. Canggihnya, korang boleh baca dalam henset i-Phone atau i-Pad korang. KLIK SINI untuk tinjau novel KOPI MANIS dalam format e-book.

Promosi novel ni dah dijalankan secara besar-besaranlah jugak. Sebelum diterbitkan, mana-mana aku pergi dah sempat promote KOPI MANIS. Haha. Kat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 di mana prajualannya diadakan, KOPI MANIS mendapat sambutan luar biasa! Syukur gila! Dan iklan ala trailer drama bagi novel KOPI MANIS yang pertama seumpamanya di Malaysia pun dah dekat 400 views lebih dan dijangka akan terus meningkat. Korang dah tengok/dengar ke belum? Kalau belum, KLIK SINI!

Harga novel ni tak mahal, RM13.90. Itu belum masuk diskaun. hihi. Aku mengangkat tema komedi remaja dengan membawakan dua watak bernama Fayyadh dan Kirana. Kirana yang kematian papa dan mamanya kena tinggal di rumah Fayyadh yang dimusuhinya. Keluarga Fayyadh dan adiknya, Fazleen pula mengalami masalah apabila bapa mereka mahu berkahwin lain selepas ibu mereka baru meninggal dunia. Fayyadh menjadi pendiam dan suka menyendiri.

Banyak adegan komedi yang aku selitkan. Satu nilai sentimental lain termasuklah ilustrasi-ilustrasi dalam novel ni aku yang lukis! YESZA!

Sikit pasal KOPI MANIS yang aku nak kongsi ialah berkenaan tajuknya.
  1. Kopi sebenarnya nama seekor kucing hitam kesayangan Fayyadh manakala Manis yang muncul di hujung cerita merupakan kucing putih, hadiah Fayyadh kepada Kirana.
  2. Kalau lelaki lain suka minum minuman bertenaga macam Milo, Horlick dan sebagainya, Fayyadh lebih prefer air kopi manis. Hehehe
Terima kasih kepada yang telah membeli novel ni di pesta buku. Diorang merupakan antara pembaca terawal novel ni! Dan kepada korang pun terima kasih jugak! Moga-moga korang terhibur dengan karya ketiga aku ni.

PEACE!!!

Ahad, 6 Mei 2012

Aku di SMKA Sharifah Rodziah dan SMK Rahmat!

Assalamualaikum...

Aku memang dah kena sindrom malas-update-blog. Hmm... Malas tu tak tepat sangat kot. Tapi yang paling ketara, aku memang busy. Aku yakin, yang dah lama ikut perkembangan aku mesti tahu betapa hecticnya hidup seorang yang bernama aku. Tapi badan tak kembang-kembang pulak. Lagi kurus. Hairan betul.

Jadi aku nak ceritakan aktiviti aku ke sekolah-sekolah pada bulan April lepas.

20 APRIL 2012 - SMK(A) SHARIFAH RODZIAH

20 April aku ke SMK (A) Sharifah Rodziah. Selain sekolah beraliran agama, sekolah di Telok Mas, Melaka ni dikategorikan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan! Hebat tak hebat? Fuh. Ini adalah kali pertama aku memberikan ceramah di hadapan sekolah-sekolah yang semuanya perempuan.

Di Dewan As-Sharifah

Aku memang menikmati masa-masa aku dekat sekolah ni. Aku hadir sebagai penceramah jemputan khas untuk program yang dinamakan Sepetang Bersama Penulis Muda. Wah... hihi

Aku cuma kongsikan pengalaman aku sebagai penulis muda, sikit teknik-teknik penulisan aku dan beberapa perkara lain. Kemudian dibuka sesi soal jawab. Syok! 

Terima kasih atas sambutan luar biasa yang aku terima. Bila dikerumun macam dalam gambar-gambar ni, aku rasa macam Zayn Malik kumpulan One Direction tu pulak. HAHAHA. Untuk sesaat je.


Aku gila terharu bila dimaklumkan ada yang sanggup berlari ke dorm untuk ambil duit beli novel aku. Aku tak kenal siapa sebab urusan jual beli dipertanggungjawabkan kepada cikgu aku, Cikgu Siti Nordiana. Ada tu yang malu-malu. Ada pulak yang minta tandatangan dalam diari. Tandatangan dalam cerpen tulisan sendiri. Apapun, terima kasih!  


Apapun, sekolah yang masyhurnya dipanggil SHARODZ ini memang cantik betul ni! Terima kasih kepada Cikgu Nadiah binti Sulaiman yang telah menjemput aku. Cikgu Nadiah ni seorang guru cemerlang yang merupakan fasilitator aku untuk Program Memperkasa Tokoh NILAM Melaka.

As-Syarifah (gelaran untuk pelajar-pelajarnya), anda terbaik!

10 APRIL 2012 - SMK RAHMAT

10 April 2012, aku ke SMK Rahmat untuk program Sepagi Bicara Buku bersama Hasif Hamsyari. Ini ialah salah satu inisiatif daripada pihak sekolah untuk program galakan membaca NILAM.

Aku kagum bila kat dataran perhimpunan tu, semua pelajar pegang buku NILAM. Mereka semua sedang siap siaga nak tulis ringkasan novel-novel aku dalam buku NILAM mereka.


Sekolah ni tak banyak beza dengan sekolah aku, SMK Seri Tanjong. Suasana hampir sama, budaya pelajar-pelajar dan kuantiti pelajar pun dekat sama - seribu lebih. SMK Seri Tanjong dan SMK Rahmat dah macam kembar hampir seiras. hihi


Aku minta kepada pihak sekolah untuk tidak berceramah. Sebaliknya, aku pilih untuk berforum di mana berlaku soal jawab antara aku dengan moderator dan kemudian dengan pelajar-pelajar. Tapi, nampaknya aku cuma sempat bersoal jawab dengan cik moderator. Moderator program tu ialah Rozzita, manis-manis orangnya. ^^

Tiada jualan buku pun sebenarnya. Sebab aku kena rush balik ke sekolah untuk belajar. Selain tu, program ni program pagi jadi pihak aku pun tak mahu mengambil masa untuk proses P&P terlalu lama. Sebagai pelajar, aku pun faham betapa masa itu emas, kan?


Tapi masih ada yang minta turunkan autograf dan beli buku waktu aku dah nak balik. Terima kasih, semua warga SMK Rahmat, termasuk seorang sepupu aku, Lukman Hakim yang tiba-tiba popular sekejap. Haha. Terima kasih pengetua SMK Rahmat, Tuan Haji Zulkapli b Othman, fasilitator aku, Puan Salmah dan semua terlibat.

Di belakang kedua-dua program ni, berdiri dua orang kuat yang sangat banyak membantu aku. Jutaan terima kasih kepada Cikgu Siti Nordiana. Dialah yang paling banyak bantu aku selama ni. Kalau masih korang ingat, aku ada tulis nama cikgu kesayangan aku ni dalam bahagian ucapan novel Bagaikan Mimpi.

Dan yang kedua, Cikgu Rosni Adom yang telah bertindak sebagai motivator aku di mana-mana aku berada untuk aku terus yakin dan memperbaiki diri.

TERIMA KASIH, SEMUA!
 

Ahad, 22 April 2012

[E-NOVEL] Xarine - Bab 1

>> Sebelumnya: Xarine - Prolog

TSYURA bukan setakat sebuah negara. Di sini boleh jadi medan yang damai. Di sini juga boleh jadi medan yang berlopak darah.

Dan seperti yang aku kata dalam ‘jagaku’ di dunia nyata, inilah dunia ‘mimpi’ aku kala melelapkan mata.

Jasadku sudah tidur tapi rohku berada di dunia ini. Senang cerita. Aku harap tidak ada lagi kebingungan yang membuatkan kau orang masih tidak faham-faham.

Tsyura adalah dunia ciptaan susur galur keturunanku. Di sini, kamilah kerabat diraja yang paling dihormati. Boleh jadi, kami juga kerabat yang dibenci.

Aku tidak keseorangan kerana Tsyura adalah negara berakyat. Namun rakyatnya sudah terperangkap di bawah sumpah sihir dan jagaan Nammora.

Setiap kali aku teringatkan Nammora, darahku lekas membuak-buak. Atas apa yang sudah dia lakukan, aku bertekad supaya aku sendiri yang akan mempertahankan ibuku sekali gus rakyat Tsyura.

Terima kasih kepada Pakcik Rezo dan Cik Avirra sebab tanpa mereka berdua, aku tidak mampu untuk berdikari seorang di dunia Tsyura.

Pakcik Rezo, panglima perang istana yang gagah dan berusia dalam lingkungan 40-an. Lelaki ini sudah berjambang namun aku harap kau orang jangan pandang rendah pada kekuatan seorang lelaki sepertinya.

Dia telah kehilangan anaknya, Princep gara-gara satu sumpahan yang maha dahsyat singgah ke negara Tsyura

Dan untuk itu, bersama-sama dengan aku dia mahu mencari anaknya kembali.

Dan aku sendiri, adalah sahabat karib anaknya. Dan sebagai kawan, aku rasa berdosa jika turut mengabaikannya.

Kau orang sudah faham tentang personaliti seorang aku. Yang susah tersenyum dan langsung tidak pandai bergaul. Tetapi, hanya Princep seorang yang benar-benar memahami. Terima kasih kepada dia kerana sekurang-kurangnya aku masih ada kawan.

Cik Avirra seorang gadis akhir 20-an yang berani. Turut sama-sama denganku untuk membantu dan sekali gus mencari adik perempuannya, Sphere. Aku kira, wajahnya masih jelita walaupun kini perangainya sudah jauh sedikit untuk bergelar wanita.

Di kamar istanaku yang gelap, aku terjaga. Di tepi birai katil, aku duduk dan mengeluh seketika. Ada sangkar kecil yang ‘kosong’ di satu sudut di dalam kamar istanaku. Tapi itu adalah kenyataan bagi orang yang tidak tahu-menahu.

Di dalam sangkar kecil itu ada seekor makhluk. Kau orang tidak perlu takut sebab selagi ada aku, makhluk yang bijak menyembunyikan dirinya itu akan sentiasa patuh dengan kata-kataku. Dan kau orang pun tidak perlu takut sebab aku tidak akan suruh makhluk itu membaham kalian.

Setelah aku bersiap dengan sepersalinan pakaianku, aku pun keluar dari bilik itu. Dan sekarang, di bahuku bertenggek makhluk kesayanganku. Seekor naga yang comel sebesar tapak tangan.

Aku tahu kalau kau orang tahu saiznya begitu, tidak ada alasan untuk kau orang takut dengan ‘bahamannya’ itu. Alangkan taring setakat tajam pencungkil gigi, kena kulit pun tidak mungkin tertembus. Tapi kau orang harus tahu, semut tidak semestinya tidak mampu mengalahkan gajah.

Makhluk kecil itu adalah satu-satunya makhluk yang aku benarkan untuk berbaring sekatil denganku. Menjilat pipiku. Mencium aku. Memeluk aku. Membelai aku. Sama sepertiku, hanya aku sahaja boleh lakukan perkara-perkara itu terhadapnya.

Tidak Pakcik Rezo. Tidak juga Cik Avirra.

Dan makhluk itu aku namakan sebagai Guvinne.

Bersama-sama dengan Guvinne, aku menuruni anak-anak tangga ke ruang legar istana yang sudah nampak tua dan suram itu. Lampu-lampu candeliar yang besar sudah tidak mampu bercahaya. Yang menerangkan kegelapan di dalam istana itu hanyalah secebis cahaya suram kebiruan dari langit yang biru pekat.

Hmm... Langit di Tsyura sudah lama tidak berubah rona. Kelam semata-mata.

Aku nampak Pakcik Rezo dan Cik Avira sudah sedia menanti di ruang legar itu. Cik Avirra tidak tersenyum tetapi Pakcik Rezo, ya. Senyumannya yang kelat itu agak mencurigakan aku. Tambah-tambah apabila aku perasan yang Pakcik Rezo seperti dalam kesakitan. Yang lebih memusykilkan aku ialah lengannya yang berbalut dengan kain putih yang sudah tercemar dengan merahnya darah.

“Maafkan pakcik, anakku. Maafkan pakcik...” kata Pakcik Rezo.

Dengan dahi berkerut-kerut, aku cuba melihat-lihat lengan sasa sebelah kiri Pakcik Rezo yang kini sudah perlu ‘berehat’. 

“Apa yang dah berlaku ni?” Aku membuka mulut, bertanya dengan sinar mata unguku berkobar-kobar dengan rasa ingin tahu.

“Buku tu... Orang suruhan Nammora sudah curi buku tu balik,” beritahu Pakcik Rezo dalam riak serba salah.

Mataku lekas terbuntang. Serasa darah terhenti mengalir. Aku pucat. Sedikit lagi mahu pitam. “Habislah...”

Buku itu adalah warisan pusaka ayahku. Yang dikarang sebagai petunjuk untuk generasi seperti aku. Buku yang bakal memberi petunjuk dan jalan akan kemusnahan sebarang kesaktian dan peta serta jalan sebarang tempat, barang dan apa sahaja di Tsyura.

Dan buku itu dikarang bukan senang-senang sebab arwah ayah perlu mencipta pengalaman sebelum dibukukan. Dan sekarang, satu-satunya buku itu kini di tangan Nammora, perempuan sihir berambut panjang dan sukakan warna merah. Pihak kejahatan yang entah dari mana datang menganggu dunia kami.

Aku jadi kaget. Aku keluar melalui pintu gerbang istana yang cukup besar dan di hadapanku adalah pemandangan yang cukup memilukan. Negara yang dahulunya menjadi satu dunia impian kini menjadi dunia yang cukup mengerikan. Akan tetapi, panorama sebegini bukan pertama kali aku melihatnya.

Aku menghulur tanganku ke arah makhluk kecilku. Si naga bernama Guvenni. Guvenni lalu bergerak ke telapak tanganku. Aku mengunjuk ke depan lalu si naga putih itu melompat dan serentak itu juga, saiz tubuhnya menjadi seekor naga dewasa yang lebih besar daripada saiz badanku sendiri.

Guvenni meliuk-lintukkan badannya. Lalu beberapa ketika, dia duduk dan tunduk untuk membenarkan aku duduk di atasnya.

Aku lekas memaut leher Guvenni lalu duduk di atasnya. Lehernya kupeluk erat dan Guvenni mula mengepakkan sayap. Beberapa saat kemudian, kami mula berada di awangan.

“Tunggu dulu, Xarine!” Tegahan Cik Avirra sedikitpun tidak aku pedulikan. Cik Avirra tidak sempat berbuat apa-apa untuk menghalangku kerana semuanya kulakukan dengan pantas bersama-sama Guvenni yang setia.

Kami terbang membelah awan-gemawan. Terbang di awangan sepatutnya satu perkara yang cukup menghiburkan. Malangnya untuk beberapa tahun kebelakangan ini, kami terbang dengan hati yang sebal dan geram sebab apa yang kami lihat bukannya alam yang menghijau dan aman damai, sebaliknya rumah-rumah yang sudah rentung, pokok-pokok dan rumput lalang yang marak terbakar. Ada antaranya masih berasap lagi.

Sah, kalau kau orang sendiri menyaksikannya, padang jarak padang tekukur adalah peribahasa yang tepat akan kau orang membayangkannya.

Untuk sampai ke istana Nammora, aku perlu menyeberang sebuah bukit yang sangat tinggi. Kawasannya sesejuk di pergunungan salji. Suatu keadaan yang cukup digemari si wanita sihir itu selain melihat betapa maraknya api.

Guvenni hampir penat dan beberapa ketika, ia mengeluh dan memohon simpatiku. Tapi aku diam dan berharap Guvenni masih kuat untuk teruskan usaha kami yang sudah separuh jalan sebelum sampai ke puncak bukit. Aku tidak suka mensia-siakan kerja yang sudah dilakukan separuh jalan. Tidak sesekali. Walaupun tanpa usahaku sendiri.

Dan kami tiba jua di puncak bukit itu. Sekarang, Guvenni tidak perlu lagi mengipaskan sayapnya berkali-kali sebab cenuramnya yang tajam adalah satu kelebihan yang memudahkan Guvenni untuk terbang dengan lancar dan lebih laju lagi.


Aku sudah dapat melihat istana Nammora. Istananya gelap dengan andang-andang api terceracak di beberapa bahagian istananya. Api yang ternyala dua puluh empat jam tanpa henti.

Istana itu nampak kosong tanpa tentera. Akan tetapi, Nammora menggunakan muslihat agar ramai orang akan terjerat. Ah, helahnya sudah lapuk di pengetahuanku.

Aku mendarat di satu kawasan lapang, benar-benar berdekatan dengan istana Nammora. Guvenni mengecil lalu hinggap di bahuku kembali. Dengan membuka langkah berani, aku berjalan masuk ke dalam istana Nammora.

Sebaik sahaja kakiku melangkah masuk, yang lekas menyinggah pandanganku ialah singgahsana serba hitam dan merah dengan semarak api terbakar di dalam satu corong di atasnya. Di sepanjang tiang-tiang menuju ke singgahsana itu, andang-andang api bernyala membahangkan suasana.

“Nammora! Pulangkan apa yang kau rampas! Buku itu milik aku!” Aku berseru namanya.

Dari tiang ke tiang, aku terperasankan ada makhluk yang melintas. Aku menoleh ke kanan dan ke kiri. Sejenak kemudian aku berkalih ke belakang. Dan dari bahagian tepi, aku terasa pipiku diusap oleh satu jemari.

Dan ketika aku berkalih semula memandang ke hadapan, Nammora sudah duduk di atas singgahsananya dengan gaya seorang pemerintah perempuan sihir yang kejam dengan memegang segelas cawan bersalut perak dengan isi berupa air berwarna merah pekat.

Apabila bibirnya berpisah dari mulut gelas itu, bibirnya bermandi cecair merah. Berkilat dan persis darah...
Di sisinya ada sebuah buku. Dan buku itulah yang aku cari.

“Aku sangkakan engkau mencari ibumu, Xarine,” kata Nammora dengan nada penuh sarkastik.

“Kau merampas segala apa yang milikku. Tunggulah, aku akan musnahkan kau dengan tangan aku sendiri!” gertakku bergema ke segenap penjuru istana.

Nammora mencapai buku di sisinya lalu dicampak sehingga melurut di depanku. Aku mencapainya. Membelek-belek untuk mengesahkan isi kandungannya. Sama. Bermakna kali ini Nammora tidak mengenakan aku. Mungkin.

“Aku nak membuka tawaran kepada kau, Xarine. Dengan menjual roh ibumu kepada kau. Mahu?” tanya Nammora.

“Manusia seperti kau cuma tahu berbohong saja!”

Nammora memetik jari. Dan di bawah telapak kakiku, aku melihat ibuku duduk di hujung sebuah penjara dengan keadaan lelah dan tidak terurus.

Aku terduduk. Dan kala jariku singgah pada bayangan palsu itu, aku terlupa bahawa di bawahku itu hanya lantai marmar yang kosong.

“Ibu...” panggilku sayup.

Kasihannya ibu... Kerana terperangkap di sini, dia tidak mampu kembali ke dunia nyata – ke dalam jasadnya semula. Jasadnya sudah pun tertanam. Dan sekarang, ibuku sudah terperangkap di sini buat selama-lamanya.

Apa harus aku lakukan...

Sikit punya banyak aku sayangkan dia sampaikan kalau aku suruh kau orang bilang pasir-pasir di pantai belum tentu cukup untuk membayangkannya. Tapi betapa bersalahnya aku jika tidak membela dan melepaskannya semula!

“Berapa bayarannya?” tanyaku, serius.

“Nyawa Rezo, Avirra dan semangkuk darahmu.”

“Jangan mimpi!” Aku memintas kata-katanya, tegas melarang keras.

Aku mengepal tangan. Lalu melompat tinggi dan mula mengeluarkan bebola ungu dari telapak tanganku.
Kuhala tepat ke arah perempuan sihir itu dengan penuh perasaan jelek dan sebal yang membuak-buak.

Guvinne turun dari bahuku dan bersama buku itu, dia membawa ke tepi – di celah tiang-tiang istana Nammora.

Nammora lekas bangun bagi mengelak seranganku sekali gus memadamkan api-api di sekitar istana.

Keadaan jadi gelap gelita.

Cahaya kilat dari luar mula sesekali menerjah masuk ke dalam ruang istana. Aku menapak dalam gelap, penuh berhati-hati. Aku tahu, dalam keadaan begini, Nammora sebenarnya mahu memasang muslihat. Helah perempuan itu sebenarnya tidak sukar untuk diteka. Cuma gerakannya yang pantas dan penuh muslihat agak sukar untuk diduga.

Dadaku berdebar sebab aku sedar lawanku bukan semudah implimentasi ABC untuk ditewaskan. Dan untuk itu aku harus berjaga-jaga.

Aku terasa bahang di belakangku. Lekas kukalih lalu melompat tatkala melihat Nammora sudah menghulurkan tangan dengan bebola api sudah terhasil pada hujung cantuman kedua-dua belah telapak tangannya. Dan cahaya itu benar-benar menampakkan kebengisannya yang sebenar.

Dan aku lekas melepaskan bebola unguku. Dua warna – ungu dan merah – itu menerangi istana berselang-seli dengan warna pancaran kilat. Aku dan Nammora waktu itu terbang dan kami bertarung dengan kuasa kami.

Dua bebola itu bertemu, hampir bercantum sebelum pecah dengan satu bunyi bergegak gempita, bercampur dengan bunyi petir yang menyambar pada waktu yang sama. Aku  terjatuh pada lantai istana. Aku tidak pasti keadaan Nammora tapi aku terdengar suaranya merintih. Nampak kelibatnya kala warna kilat memenuhi ruang istana, namun sekali lagi kilat memancarkan cahayanya, kelibatnya hilang seolah-olah turut terbawa sama dalam kilatnya.

“Xarine!” Pakcik Rezo datang membantuku. Dia memimpinku lalu dibawanya aku ke tepi. Waktu itu, aku melihat Cik Avirra terbang dengan menghunus pedang. Tapi kemudian aku tidak mendengar apa-apa.
Cik Avirra datang ke arahku.

“Dia sudah hilang,” katanya, memaksudkan Nammora. “Kau tak apa-apa?” tanya Cik Avira lagi.

Aku diam. Hujung bibirku yang berdarah kuseka dengan jari lalu aku bangun dan bersedia untuk pergi.

“Untuk ibu dan seluruh rakyat Tsyura termasuk Princep dan Sphere, sumpah, Nammora akan Xarine bunuh dengan tangan Xarine sendiri,” tekadku dalam kesakitan teramat. Pakcik Rezo terdiam apabila aku menuturkan nama anaknya, Princep namun kemudian dia lekas tersedar dan memapahku ke luar istana.

“Tapi kau hanya membahayakan nyawa kau sendiri. Andai engkau pewaris terakhir kerajaan Tsyura sudah mati, maka kami tak ada harapan lagi. Kau patut sedar tu, Xarine!” tegur Cik Avirra, lebih kepada marah mungkin.

Dan ini satu lagi sebab aku tak sukakannya. Dia bersikap seperti seorang penjagaku, yang sesuka hati menegur betul dan salahku. Malah kekadang memberi arahan yang entah apa-apa, sesedap mulut kepadaku.
Mungkin sikap tanggungjawabnya terhadap adiknya, Sphere terkesan hingga kepada aku. Dan untuk itu, aku tidak patut menyalahkannya... Cuma tolonglah, Cik Avirra. Saya bukan adik cik!

Di hujung bibirku yang pecah, tambah dengan kesakitan separuh parah, aku tak ada kuasa mahu membantah kata-katanya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails